Thursday, July 1, 2010

Remaja Cemerlang di Sultan Abdullah


Kem Kecemerlangan Pelajar SEMASA Chenderong Balai


Pada 26 – 27 Jun 2010, buat kali yang kedua I.P. Minda Sdn. Bhd. telah mengadakan Kem Kecemerlangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah, Chenderong Balai. Kali ini seramai 133 orang pelajar yang terlibat di dalam program ini. Kesemua peserta adalah pelajar-pelajar cemerlang yang mendapat tempat yang pertama hingga ke 20 di dalam kelas. Hebat kan.... Seramai 6 orang fasilitator dari I.P. Minda yang hadir menjayakan kem tersebut antaranya ialah Ustaz Zool, Ustaz Leh, Ustaz Helmi, Kak Mai dan Kak Fida.

Memang satu pengalaman yang menyeronokkan bersama-sama dengan adik-adik dari SEMASA ini. Macam-macam adegan yang menarik yang mereka lakukan. Program 2 hari 1 malam memang satu pengalaman yang menyeronokkan. Pasti sukar untuk melupakan kem bersama mereka. Semoga adik-adik yang bersama-sama di dalam program ini akan menjadi pelajar-pelajar yang cemerlang dan anak-anak yang soleh dan solehah. Insyaallah... =)

No comments:

Post a Comment