Monday, July 5, 2010

2 hari 1 malam di SMK Seksyen 4, Bandar Kinrara


2 hari 1 malam bersama pelajar-pelajar SMK Bandar Kinrara, seksyen 4.

Pada 3 – 4 Julai 2010, kami berkampung du SMK Bandar Kinrara, Seksyen 4. Program ini telah diuruskan di bawah Guru Panatia Pendidikan Islam. Seramai 105 orang pelajar yang telah terlibat di dalam kem ini dan kesemua pelajar yang terlibat ini adalah pelajar yang akan menjalani peperiksaan PMR dan SPM.


Mereka mampu memberi fokus yang terbaik sepanjang program dijalankan. Ketika ujian fokus dilakukan kepada para peserta mereka mampu melakukannya dengan terbaik. Daripada laungan perhatian dan pagi, tepuk gemuruh hinggalah senaman tai chi qi gong. Boleh dikatakan mereka mampu melakukannya dengan terbaik. Antara peserta yang paling fames semasa program ialah Malik dan Kamil (pasangan adik beradik) =)...

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar di sepanjang program ini... Mudah-mudahan hidayah yang Allah berikan itu kekal di dalam hati setiap insan yang Dia berikan hinggalah tiba saat nyawa diangkat kelak...Ya Allah jangan tinggalkan kami...~

Thursday, July 1, 2010

Remaja Cemerlang di Sultan Abdullah


Kem Kecemerlangan Pelajar SEMASA Chenderong Balai


Pada 26 – 27 Jun 2010, buat kali yang kedua I.P. Minda Sdn. Bhd. telah mengadakan Kem Kecemerlangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah, Chenderong Balai. Kali ini seramai 133 orang pelajar yang terlibat di dalam program ini. Kesemua peserta adalah pelajar-pelajar cemerlang yang mendapat tempat yang pertama hingga ke 20 di dalam kelas. Hebat kan.... Seramai 6 orang fasilitator dari I.P. Minda yang hadir menjayakan kem tersebut antaranya ialah Ustaz Zool, Ustaz Leh, Ustaz Helmi, Kak Mai dan Kak Fida.

Memang satu pengalaman yang menyeronokkan bersama-sama dengan adik-adik dari SEMASA ini. Macam-macam adegan yang menarik yang mereka lakukan. Program 2 hari 1 malam memang satu pengalaman yang menyeronokkan. Pasti sukar untuk melupakan kem bersama mereka. Semoga adik-adik yang bersama-sama di dalam program ini akan menjadi pelajar-pelajar yang cemerlang dan anak-anak yang soleh dan solehah. Insyaallah... =)